Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay.
Ini antara soalan yang sering ditanya :
- Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay?
- Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay?
- Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay?
- dan banyak lagi..
Ok baik. saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang
masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan
jelas macam mana nak bermula.
Perkara asas sebelum berniaga di Ebay.
Untuk memulakan bisnes di ebay, anda perlu ada 5 perkara asas seperti di bawah:
1. LAPTOP
Ini perkara paling asas yang perlu ada. Cukup dengan laptop yang
murah-murah je pun dah boleh, yang penting ada internet browser seperti
google chrome dan mozilla firefox.
Saya lebih galakkan guna mozilla firefox sebabnya ianya lebih stabil.
kedua, saya lebih suka guna windows 7 sebabnya ianya stabil dan boleh
create banyak user windows.
Tapi takde masalah jika anda guna google chrome dan windows 7 ke atas.
yang penting anda ada laptop yg boleh buat kerja untuk berniaga di ebay.
windows 8, windows 10 pun masih boleh create multiple user windows
untuk siapa yang ada banyak akaun ebay.
Untuk anda yang masih baru nak berjinak-jinak, cukup ada 1 akaun ebay
dulu. nanti kang pening kepala, steady. jangan gelojoh. hehe
2. INTERNET
Dah ada laptop, mesti kena ada internet, untuk pemain ebay yang
menggunakan multiple akaun ebay, saya sarankan untuk menggunakan
internet broadband/ hotspot dari hp.
Saya tak galakkan untuk guna internet strymix dan unifi / internet
public. Sebabnya ianya berisiko untuk anda bercampur dengan ip address
yang sama pada akaun ebay orang lain.
Jika anda yakin memang internet strymix di rumah atau public tu takde
orang connect ebay selain diri anda sendiri, ya boleh.. dipersilakan.
3. KAD DEBIT/ KAD KREDIT
Di ebay, perkara ke 3 perlu anda ada ialah kad debit/ kad kredit. Kad
debit boleh digunakan apa-apa shj kad asalkan ianya ada logo
master/visa.
Kad ini penting untuk anda daftar di paypal untuk withdraw duit ke akaun
bank anda. dan tujuan ke dua adalah untuk anda bayar seller fees di
ebay apabila mendapat jualan di ebay.
4. SIMKAD
Perkara ke 4 yang wajib anda ada ialah simkad untuk daftar no hp anda di
ebay dan paypal. ebay / paypal kadang-kadang akan hantar kod / call
untuk pengesahan identiti diri anda. so nak berniaga di ebay untuk new
seller wajib ada no hp.
5. MODAL PUSINGAN
Berniaga di ebay, tiada sebarang kos marketing dikeluarkan, ini kerana
kita akan menggunakan sepenuhnya trafik sedia ada yang terdapat di
website ebay. untuk pengetahuan anda, di ebay trafik sangat-sangat
tinggi dan conversion juga sangat tinggi
Jika anda mendapat 10 view sahaja, sudah cukup untuk membuatkan barang
anda terjual di ebay. Trafik yang ada di ebay kebanyakannya adalah orang
yang memang dah sedia untuk membeli, bukan seperti di facebook, yang
memerlukan modal yang perlu anda ada adalah subjektif. Ia bergantung
pada jenis barang yang anda jual, modal utama ialah “knowledge”.
Modal kedua sebagai permulaan cukup dengan modal dalam lingkungan RM50
-RM500. sebab untuk akaun ebay yang masih baru, yang tidak ada sejarah
pernah menjual barang lagi, ebay akan hold duit anda yang masuk ke dalam
paypal anda.
So anda perlu dulukan duit untuk bayar barang yang anda jual kepada supplier dropship anda.
Pastikan jika anda new player yang bermain multiple akaun, simkad dan
kad debit tak boleh berkongsi dengan akaun-akaun ebay anda yang lain
Apa yang perlu di buat selepas dah ada 5 perkara ini?
1. CREATE AKAUN GMAIL
Sebelum nak daftar di ebay, anda perlu ada akaun emel yang baru. saya
galakkan gunakan gmail sebabnya ianya mudah, selain dari gmail, yahoo
pun boleh. takde masalah. yang penting anda gunakan akaun emel yang
awam, bukan dari company anda bekerja atau tempat belajar anda.
nanti dah habis belajar atau dah tak kerja ianya susah pada masa akan datang
2. DAFTAR DI WWW.EBAY.COM.MY
Dah ada emel, anda perlu daftar di ebay.com.my untuk buat akaun
menggunakan emel yang baru anda create di step satu. kenapa kena daftar
di ebay.com.my?
Kalau daftar di ebay.com tak boleh ke?
Walaupun anda daftar di ebay.com, jika ip address anda (broadband) yang
digunakan adalah server dari Malaysia, anda tetap akan redirect ke ebay
malaysia.
Nanti dah ada akaun ebay malaysia nak menjual di ebay.com (USA) log in je gunakan ebay ID / emel anda daftar tu di ebay.com
3. DAFTAR DI WWW.PAYPAL.COM/MY
Ini langkah ke 3 yang perlu anda buat sebelum berniaga di ebay. anda
wajib ada akaun paypal untuk membuat transaksi jual dan beli di platform
ebay. Anda perlu sign up akaun paypal cukup hanya dengan memilih “Buy with Paypal” untuk ada akaun paypal yang basic.
akaun type ini sudah cukup untuk anda memulakan bisnes ebay dari rumah sahaja.
3. LINK AKAUN EBAY & PAYPAL
Setelah selesai daftar akaun ebay dan paypal, anda perlu link kan akaun ebay dan paypal anda yang baru create tadi.
baru boleh anda menggunakan akaun ebay anda untuk berniaga dan paypal
untuk menerima wang bayaran atas setiap jualan yang berjaya anda buat di
ebay.
4.VERIFY AKAUN PAYPAL DAN UPDATE SELLER FEES (CREATE EBAY SELLER ACCOUNT)
Langkah seterusnya anda perlu verify akaun paypal anda. nak verify paypal akaun ada 2 cara,
- Submit document yang diperlukan ke paypal
- Tolak RM10 dari akaun bank masuk ke dalam akaun paypal anda
Saya sarankan guna cara ke 2 kerana ianya lebih mudah.
Selepas selesai verify paypal, anda perlu create ebay seller account
dengan cara pergi ke akaun ebay anda dan update automatic ebay seller
fees.
Selepas selesai ke dua-dua perkara ini baru anda boleh memulakan bisnes di ebay
Nota :Verify paypal : Cas RM10Update ebay seller fees : Cas RM3
- Pastikan dah buat activation of international online purchase
- Dah Activate overseas purchase
Anda boleh update di atm machine/ online bank in / call customer service bank.
Ok, ini adalah perkara yang paling asas untuk anda memulakan bisnes di
ebay. anda perlu melakukan ke semua perkara di atas. selepas itu, baru
anda boleh memulakan bisnes di ebay
Banyak lagi yang perlu anda belajar, terutamanya topik :
- Bagaimana nak cari supplier
- Bagaimana nak membuat kajian produk
- Bagaimana nak membuat iklan di ebay secara optimize.. dan banyak lagi.
Bila waktu yang terbaik untuk anda memulakan bisnes di ebay?
Waktu terbaik untuk memulakan bisnes di ebay, adalah sekarang!
So 5 tahun, 10 tahun akan datang anda tidak akan menyesal lagi sebab
telah memulakan langkah membina bisnes di ebay waktu sekarang!
Saya taknak terlalu mengaburi mata anda dengan duit. Sebabnya tujuan
artikel saya ini adalah untuk berkongsi ilmu dan memberi kesedaran
kepada anda peri pentingnya kita perlu ada bisnes sendiri.
Dengan gaji yang tak naik-naik. dengan kos sara hidup yg semakin
meningkat setiap bulan, dengan hutang yang tak habis-habis lagi nak
bayar, agak mustahil untuk anda dapat selesaikan semua masalah ini dalam
masa 2 tahun-5 tahun kecuali anda jadi boss untuk diri anda sendiri,
generate sendiri berapa gaji yang anda nak setiap bulan, tentukan
sendiri berapa income yang perlu anda dapat tiap-tiap bulan
Senang kata anda perlu jadi BOSS!
Ini adalah antara akaun ebay yang dah lama saya tinggal tanpa perlu
untuk saya monitor setiap hari. ianya memberikan pendapatan yang pasif
kat saya setiap bulan. walaupun tak banyak, tapi cukup untuk tampung
kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan cukuplah untuk buktikan yang
apa saya ajar ini adalah real dan proven case study.
Bukan saya reka-reka cerita atau omong-omong kosong.
Apa yang saya ajarkan di blog ini adalah sepenuhnya proven case study untuk anda pun turut belajar,
Jika anda ada modal, kat bisnes mana yang perlu anda laburkan??
Jawapannya adalah dekat diri sendiri! iaitu belajar mencari ilmu, dengan
ilmu hidup anda akan jadi lebih baik dari semalam. dengan ilmu juga
akan meningkatkan kualiti hidup anda, skill anda, dan skill mencari duit
anda,
Jika saya boleh, anda pun boleh, sesiapa pun boleh. tidak ada apa-apa perbezaan antara kita.
Saya cabar diri anda, untuk buktikan tahun 2017 adalah tahun untuk anda memulakan bisnes online ebay anda.
Only sky is the limit!
Saya harap apa yang saya kongsikan dalam artikel ini akan membuka minda
dan memberikan sedikit inspirasi untuk bantu anda tambah pendapatan
sampingan.
Jika anda nak belajar bagaimana nak hasilkan duit online secara separuh
masa/ sepenuh masa dengan modal yang sangat-sangat rendah. Ebay adalah
jawapannya!
**Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.
Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan
satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay
dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:
1. RM97
eBook Panduan ebay intelligence sahaja
2. RM197 (Recommended!)
eBook Panduan ebay intelligence
Adobe Photoshop Portable
Document Template Follow up customer
Tools kit ebay
Document template avatar multiple account
400 niche berpotensi di ebay
Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
Ultimate guide for dropshipping
50 ways to make your first sale
group support di FB
Adobe Photoshop Portable
Document Template Follow up customer
Tools kit ebay
Document template avatar multiple account
400 niche berpotensi di ebay
Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
Ultimate guide for dropshipping
50 ways to make your first sale
group support di FB
3. RM497
Bengkel Ebay Intelligence
eBook Panduan ebay intelligence
Adobe Photoshop Portable
Document Template Follow up customer
Tools kit ebay
Document template avatar multiple account
400 niche berpotensi di ebay
Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
Ultimate guide for dropshipping
50 ways to make your first sale
group support di FB
eBook Panduan ebay intelligence
Adobe Photoshop Portable
Document Template Follow up customer
Tools kit ebay
Document template avatar multiple account
400 niche berpotensi di ebay
Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
Ultimate guide for dropshipping
50 ways to make your first sale
group support di FB
.
PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang
bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh
daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali
ganda daripada nilai pelaburan ini!
Take it or Leave it.
Comments
Post a Comment