Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai
yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak
tahu nak berniaga terutamanya berniaga online.
Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk
membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik.
Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi
memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang
sama.
“Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales”
Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi
gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di
ebay jika kena caranya.
Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual?
Daun Ketapang
Ini adalah ebay seller dari Malaysia, sama seperti anda juga masih
tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam US dolar. Dia
menjual daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris, catappa leave atau
indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave.
Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan
sebanyak USD5.75 seunit.
Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal pos : RM8 ( $1.8)
Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)
Ebay fees : $0.58
Paypal fees : $0.47
Untung bersih seunit : $5.75 – $1.8 – $0.58 – $0.47 = $2.90 (RM12.92)
Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541
Seller ebay ni dalam diam-diam telah berjaya menjual sebanyak 76 unit.
Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92!
OK lah kan? Dengan modal seunit RM8 sahaja, anda sekarang dah berjaya menghasilkan untung bersih sebanyak RM981.92!
Kat mana nak dapatkan pokok ni? Apa orang putih buat dengan daun ni?
Habitat asal pokok ketapang adalah dari Asia Tenggara, pokok Ketapang
biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi lebuhraya. Pokok
ini hidup subur di tempat yang berpasir. Namun malangnya pokok ini
jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tak tahu
khasiatnya.
Kebiasaanya di pantai-pantai pokok ini digunakan sebagai mencantikkan
landskap dan tempat teduhan. Kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya
adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang lama.
Tetapi orang putih menggunakan daun ketapang untuk diletakkan di dalam
aquarium. Fungsi daun ketapang ini adalah untuk mengawal PH air dan
menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium. Ada juga
yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.
Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan
bermusim, daun ketapang menjadi permintaan tinggi di sana walaupun kita
boleh dapat di negara Malaysia secara percuma sahaja.
Tongkat Ali
Di Malaysia, serbuk Tongkat Ali boleh didapati dengan mudah daripada
pembekal-pembekal tempatan sama-ada secara online dan juga offline.
1 oz = 28.35 gram
Jika anda lihat di bawah adalah penjual online. Dia menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja.
Dengan modal RM3.54/ oz, seller ebay ini berjaya menjual dengan harga $9.95 per oz sebanyak 504 unit!
Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal 1 oz serbuk tongkat Ali : $0.8
Modal pos : $1.8
Jualan 1 oz : $9.95
Customer bayar pos : $2.55
Yuran ebay : $1.25
Yuran paypal : $0.66
Keuntungan bersih se unit : $9.95+$2.55-$0.80-$1.80-$1.25-$0.66 =$7.99 @RM35.54
Seller ebay ini Berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM35.54 X 504 = RM17,912.16!
Hanya dengan menjual serbuk tongkat ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM17,912.16 secara sampingan sahaja.
Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama anda
dan menjadikan bisnes di ebay ini sebagai sumber pendapatan utama anda.
Sebenarnya banyak barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai
permintaan tinggi di luar negara sana. Kalau tidak, tak mungkinlah
ketika zaman kesultanan melayu Melaka penjajah sanggup merantau ke
Melaka untuk mendapatkan rempah ratus di Tanah Melayu.
Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah di buat di ebay!
Selamat mencuba!
*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.
Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan
satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay
dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:
1. RM97
eBook Panduan ebay intelligence sahaja
2. RM197 (Recommended!)
eBook Panduan ebay intelligence
Adobe Photoshop Portable
Document Template Follow up customer
Tools kit ebay
Document template avatar multiple account
400 niche berpotensi di ebay
Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
Ultimate guide for dropshipping
50 ways to make your first sale
group support di FB
Adobe Photoshop Portable
Document Template Follow up customer
Tools kit ebay
Document template avatar multiple account
400 niche berpotensi di ebay
Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
Ultimate guide for dropshipping
50 ways to make your first sale
group support di FB
3. RM497
Bengkel Ebay Intelligence
eBook Panduan ebay intelligence
Adobe Photoshop Portable
Document Template Follow up customer
Tools kit ebay
Document template avatar multiple account
400 niche berpotensi di ebay
Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
Ultimate guide for dropshipping
50 ways to make your first sale
group support di FB
eBook Panduan ebay intelligence
Adobe Photoshop Portable
Document Template Follow up customer
Tools kit ebay
Document template avatar multiple account
400 niche berpotensi di ebay
Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
Ultimate guide for dropshipping
50 ways to make your first sale
group support di FB
.
PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang
bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh
daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali
ganda daripada nilai pelaburan ini!
Take it or Leave it.
Comments
Post a Comment